heeyyy peeps :D lme dh aku tak update blog ,hmmmmm ,kcian jgak tengok blog aku nihh .terbiarr jerrr ,sayanggg~ maafkan b keyh ? yerrrrrr ,aisehhhh! okey ,topik aku hari tuk 'Antara Sinaran Lazer Ultraman & Twitter' Haaa...Mesti korang terkejut baca tajuk ni kan?(Terkejut la sangat). Ape kes Utraman pun jadi tajuk plak ni? Minggu ni memang panas dengan cerita berkaitan dengan Piala AFF Suzuki. Lagi-lagi final Piala AFF Suzuki yang jadi isu sebab sinaran laser..Oppsss!!!Korang jangan lupa...Bukan final je yang ada laser..Perlawanan peringkat kumpulan awal-awal lagi pun dah ada tau. Jom baca sampai habis.
Semua rakyat Malaysia sekarang berbangga sebab pasukan Malaysia dah layak ke final Piala AFF Suzuki sejak tahun 1996 iaitu selama 14 tahun Malaysia tak pernah jejak kaki ke perlawanan akhir..Pergh!!Satu tempoh yang agak lama untuk saingan Piala Tiger iaitu nama lama untuk Piala AFF Suzuki. Malaysia masuk final pada tahun mula-mula piala ni diperkenalkan iaitu 1996 bertemu dengan Thailand dan Malaysia tewas dengan jaringan 1-0.
Sejak kebelakangan ni pasukan bola sepak Malaysia dah nampak ada peningkatan kalau nak ukur pencapaian sebelum-sebelum ni. Malaysia juara Pesta Bola Merdeka 2008, Juara Sukan SEA 2009 dan layak ke pusingan kedua Sukan Asia 2010. Kali ni Malaysia dah sebelah kaki untuk menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah sejak diperkenalkan. Malaysia dah tumbangkan Indonesia pada final pertama Piala AFF Suzuki 2010 dengan jaringan 3-0. Hanya selangkah lagi unt
Sebelum ni peringkat kumpulan pada perlawanan pertama dengan Indonesia Malaysia tewas dengan jaringan 5-1. Lagi besar dari tewas 3-0. Malaysia score dulu tapi bolos 5 gol lagi lepas tu..Ok...Keeper Malaysia pun kena pancaran laser jugak masa tu.
.Tapi kenapa Malaysia tak kecoh pun?? Kenapa Malaysia tak bising cakap Malaysia tewas sebab laser?? niihhh ,buktin nyee . nak tengok tak pic tuhhh (.refer dkat atas pics yg ke-1 .)Sebab laser pun nak dijadikan isu..Benda kecik sangat..Lagipin Malaysia jaringkan 3 gol lepas game disambung semula. Maknanya tak logik langsung la alasan yang diberikan ye dak?? Kalau nak tau kesan sinaran laser ni boleh baca artikel Sinaran Laser Lemah Tidak Jejaskan Pandangan Mata: Pakar Optometris ni..Kalau pancarkan dari jarak jauh memang tak ada kesan pun..Lagi-lagi laser yang murah memang langsung tak bagi kesan kecuali laser yang ribuan ringgit. Kenapa isu kecik macam tu nak diperbesarkan..Malaysia terima kekalahan 5-1 di tangan Indonesia dan sedar tu semua kelemahan sendiri bukan nak mencari alasan.
Kalau nak cari alasan Malaysia boleh gunakan alasan Indonesia gunakan pemain import. Tapi apalah sangat dengan pemain import sorang Christian Gonzales dari Uruguay yang baru dapat taraf kerakyatan Indonesia tu. Malaysia cuma gunakan sepenuhnya pemain tempatan yang rata-rata masih muda lagi. Persatuan bola sepak Indonesia dengan jurulatih pasukan Indonesia terima kekalahan malam tu sebab kecuaian pertahanan sendiri. Tapi media Indonesia yang mengapi-apikan dan jadikan isu ni besar, penyokong pun mula naik minyak. Ada media yang cakap Malaysia guna dukun jampi serapah padang sampai pemain Indonesia gatal-gatal..Haippp!!!!!(nak gelak guling-guling sat..Kahkahkah!).
Lagi satu lepas sejam perlawanan Malaysia vs Indonesia malam tu heboh di Twitter dengan tajuk `malaysiacheatlaser` tersenarai rangking nombor 1 topik yang selalu di `tweet` di seluruh dunia. Wow!!!Femes kejap Malaysia time tu (bangga sikit). Sebenarnya Malaysia tak perlu nak ambik port isu ni..Ni cuma provokasi media Indonesia dengan penyokong fanatik Indonesia yang tak bertamadun. Sebab tak semua yang berperangai macam tu...Ramai lagi yang berperangai elok..Tapi kerana nila setitik habis susu sebelanga..
Ok la...Untuk pengetahuan media-media Indonesia, kami dari pihak Malaysia dah berjaya tangkap suspek a.k.a budak yang main laser tu..Jadi lepas ni jangan bising-bising lagi..Sebab budak yang kena tangkap tu bukan dari Malaysia..Tapi dari mana pun kami tak tau..Hua3..Maybe yang kena dekat muka keeper Malaysia hari tu pun dia ni jugak la kot kan..Laser pun sama kaler hijau gak.
Tengok la ni...Mangkuk ayun punya budak Ultraman ni..Sempat lagi mendarat kat padang. Tak pasal-pasal penyokong Malaysia kena tuduh.
Lepas ni kita tak payah gaduh-gaduh lagi naa...Bukan penyokong Indonesia mahupun penyokong Malaysia yang main laser tu..Tapi....Si budak Ultraman ni yang yang buat pasal nak rosakkan hubungan Malaysia dengan Indonesia. Lepas ni jangan kecoh-kecoh lagi..Kita pakat-pakat serang Ultraman dengan laser sama-sama ok!!!kehkehkeh!
Buat pasukan Malaysia yang turun tanpa 3 tonggak utama iaitu Mahali Jasuli(digantung), Amirulhadi Zainal(digantung), dan Kyril Muhymeen(cedera), esok lakukan yang terbaik..Kuatkan mental dan main dengan bersemangat serta berdisiplin!! Malaysia akan menang esok seterusnya mencipta sejarah merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki buat kali pertama. Ayuh!!Malaysia boleh!!!
Agak-agak korang esok berapa keputusan jaringan Final Kedua Piala AFF Suzuki antara Indonesia vs Malaysia. Saya target 2-1. Korang???^_^
okeyh peep :) aku pun tak tau ape yg aku 'ngrepak' nihhh .ntah lah-.-' okeyh2 ,aku dh tak mau crite panjang lebar lgi dh , FULLSTOP ! bye ,nanti ku update blog aku nihh ^^ tc !